BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, March 10, 2011

Rahsia Kecemerlangan diri pelajar lepasan STPM!!




Tidak ketagih kepada laman web sosial, Facebook, merupakan salah satu rahsia anak seorang tukang kayu, Chai Swee Fen, 20, mencatatkan keputusan cemerlang dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun lepas.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Lintang itu merupakan salah seorang daripada 13 pelajar di negeri ini yang berjaya memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0.
Chai yang berminat dalam mata pelajaran Matematik, Biologi dan Kimia berhasrat untuk melanjutkan pelajaran di National University of Singapore (NUS) atau Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang farmasi.
"Saya akan sentiasa layari, termasuk berbual dengan rakan-rakan saya untuk menyihatkan minda dan mendapat pengetahuan tambahan. Bagaimanapun, saya tidak ketagih dengan Facebook," katanya kepada pemberita selepas mendapatkan keputusan STPM di SMK Batu Lintang di sini hari ini.
Di Sarawak, seramai 13 calon Sekolah Menengah Kebangsaan di negeri ini mencapai 4.0 PNGK manakala seramai 870 pelajar telah mendapatkan 3.0 ke atas.
Seramai 5,912 pelajar telah menduduki peperiksaan STPM di Sarawak pada tahun lalu dan 298 orang atau 5.04 peratus adalah calon persendirian.
Pada keseluruhannya, seramai 5,191 orang atau 92.47 peratus calon sekolah telah mendapat sijil STPM pada tahun lalu berbanding 5,228 calon (91.56 peratus) pada tahun 2009.
Daripada jumlah calon tersebut, seramai 37 calon lulus penuh dalam lima mata pelajaran (5P), 2,121 calon lulus penuh dalam empat mata pelajaran (4P), 1,233 calon lulus penuh dalam tiga mata pelajaran (3P) dan 938 calon lulus dalam dua mata pelajaran (2P) manakala 862 calon lulus dalam satu mata pelajaran (1P).
Keputusan STPM tahun lalu mencatatkan peningkatan peratusan dalam 11 mata pelajaran iaitu Computing, Usuluddin, Literature in English, Pengajian Perniagaan, Bahasa Arab, Seni Visual, Perakaunan, Sejarah, Bahasa Malaysia, Bahasa Cina dan Matematik Statistik.
Mata pelajaran Literature in English dan Matematik Lanjutan Tulen telah mencatatkan 100 peratus lulus.
- Kuching, 21 Februari 2011

0 comments: