BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, February 7, 2011

dosa percuma!

Post kali nie...hanya untuk kite saling mengingat..
bukan aku nak tunjuk aku baik sggt..bkn nak poyo ke..tapi,just nak berkongsi ape yg baik..yg boleh kite amalkan...insyaALLAH k :)

aurat ! aurat ! em...pndapat org sumew berbeza..
Ada yang mengatakan bertudung sudah mencukupi. Tetapi, tahu ke tak yang bertudung sahaja tidak mencukupi sebagai syarat menutup aurat.
Jom kita lihat   kesalahan wanita tentang menutup aurat. Pertama, ada yang kata, aurat itu adalah memakai tudung sahaja. Kedua, ada yang kata nak bertudung dan berlengan pendek sudah memadai.
Ada juga yang berpakaian cantik, berkebaya yang longgar, bertudung menutupi dada.Tapi, bila angin bertiup, terus terbuka belahan kat kain dan ternampaklah  betis bunting padi.Pak Aji yang ternampak pun terus tutup mata dengan jari yang direnggangkan.Astaghfirullah.
Ada juga yang rasa berselendang menutup sebahagian rambut sudah mencukupi. Baru nampak stylo katanya.
Yang lain pula, memang cukup suka menyelempangkan tudung yang dipakainya kebelakang leher. Maka, terdedahlah permata yang sentiasa menjadi idaman lelaki.
Dan satu lagi, bertudung tapi tudungnya nipis. Maka nampaklah batang leher yang jinjang.Macam tudung bawal, tudung tenggiri.Aku pun pelik kenapa ada yang suka pakai tudung-tudung macam tu. Memang cantik sebab ada batu-batu lawa. Tapi, tak bolehkah cari tudung yang tidak jarang? Atau pakai tudung kecil di dalamnya.
Dan yang menjadi trend masa kini adalah bertudung  yang pendek tidak menutupi dada. Cuba bandingkan antara cara pemakaian tudung rahib kristian dengan kawan kita yang sorang ni. Sama tak?huh !!
sesungguhnya :-

Ibnu Taimiyah berkata bahwa Abu Dawud telah meriwayatkan sebuah hadits hasan dari Ibnu 'Umar, ia berkata bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Barang siapa meniru suatu kaum maka dia termasuk golongan mereka."

so,janganla...
kita  menutup aurat kita tapi pada masa yang sama kita membuka ruang untuk dapat dosa percuma.Kerana tudung kita tidak sempurna!
Ayuh , kita sempurnakan tudung kita !
A.U.R.A.T
Tidak akan tertutup dengan sifat yang lemah lembut.
A.U.R.A.T
Tidak akan tertutup dengan akhlak yang baik. 
A.U.R.A.T
Tidak akan tertutup dengan kata-kata yang baik.
A.U.R.A.T
Tidak akan tertutup dengan solat.
TETAPI...
A.U.R.A.T
Akan tertutup dengan pakaian yang sempurna. Maka, sempurnakanlah pemakaian kita. Jom tutup aurat dengan betul.hehe.
ok.harap same-same kite baiki diri.
finish.

0 comments: